إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Sesungguhnya kami kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami kembali

Warga MTIAT (Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi) telah dikejutkan dengan hujan lebat dan ribut kuat sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada sebahagian bangunan maahad.

Salah satu bangunan kelas yang masih dalam fasa pembinaan telah tercabut sepenuhnya bumbung bangunan tersebut.

Bumbung ruang makan yang tercabut
Atap yang tercabut
Bantuan diperlukan bagi membaik pulih bangunan yang rosak ini agar pelajar-pelajar dapat meneruskan pembelajaran mereka. Peluang infaq dibuka kepada tuan/puan yang budiman.
Orang yang membantu penuntut ilmu akan menuai pahala yang besar. Apabila penuntut ilmu tersebut mengamalkan dan mengajarkan ilmunya, pahala yang diperoleh oleh orang yang membantu akan bertambah, sama seperti pahala penuntut ilmu tersebut.

Kenali MTIAT

  • Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar.
  • Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer.
  • Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf.
Pembelajaran mereka tergendala kerana kerosakan teruk pada bangunan tempat mereka menuntut ilmu. Ayuh, bersama kita percepatkan proses baik pulih agar pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.

Percayalah, setiap ringgit yang anda berikan akan digunakan dengan baik untuk baik pulih bangunan yang rosak serta meneruskan pembinaan kelas yang terbengkalai.

Kami percaya bahawa dengan sokongan anda, kami boleh kembali menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta staf kami.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu dalam aspek fizikal, tetapi juga memberi harapan dan semangat kepada pelajar MTIAT untuk terus maju.
Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya
Al-An'am : 160

Jadi, Marilah Kita Kongsi Rezeki Walaupun Sedikit Untuk Membantu Proses Baikpulih Bangunan Yang Rosak Akibat Ribut Ini.

Semoga kesudian Tuan Puan berkongsi rezeki ini, akan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah, tubuh badan yang sihat serta menjadi asbab dimasukkan ke dalam Syurga-Nya.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.