RAMADAN ADALAH HARAPAN BARU UNTUK PELAJAR DI MAAHAD KAMI

SALAM RAMADHAN UNTUK PARA PENYUMBANG SEMUA

AYUH PERHEBATKAN IBADAH KITA UNTUK RAMADAN KALI INI
Alhamdulillah, kita sekali lagi diberi peluang dan nikmat untuk berada di dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang amat dinanti-nantikan oleh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Inilah bulan yang amat kita rindukan untuk beribadah dan beramal ketika menjalaninya di mana pahalanya sudah dijanjikan Allah akan dilipat-gandakan.

Salah satu amalan yang mendapat keuntungan BESAR adalah dengan PERKONGSIAN REZEKI.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan Baginda lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sempena Ramadan ini, kami ingin menjemput Tuan/Puan yang budiman sekalian untuk turut serta membantu kami membangunkan fasiliti baru buat pelajar di MTIAT.

Kenali Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar. Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer. Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf. In shaa Allah selepas ini, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka.
Lokasi Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

Kekangan Dihadapi Madrasah

Van pengangkutan pelajar yang sudah sangat uzur

Van ini tidak mampu lagi dibawa untuk perjalanan jauh kerana tempat duduk yang sudah rosak.
Bangunan kelas yang tergendala kerana masalah dana

Keadaan asrama pelajar yang sempit.

Disini juga para guru menginap kerana rumah guru belum siap dibina.

Pagar maahad ini sudah tiga kali runtuh

Disebabkan struktur tanah yang tidak kuat dan modal yang agak banyak diperlukan untuk membina pagar yang lebih kukuh
Bangunan rumah guru yang juga tergendala akibat kekurangan modal

Pengambilan pelajar baru juga terpaksa dihadkan kerana kekangan-kekangan ini.

Kos yang diperlukan

Insya-Allah, kini pihak Maahad berusaha menyediakan sedikit demi sedikit fasiliti yang diperlukan bagi sebuah pusat pendidikan.

300k

Sumbangan Diperlukan
Oleh kerana yuran yang dikenakan sangat rendah dan ada sebahagian pelajar asnaf ditanggung pihak maahad, menyebabkan maahad tak mampu nak tampung kesemua kos perbelanjaan yang diperlukan.

Jadi, kami ingin mengajak anda yang budiman untuk berkongsi rezeki bagi melancarkan usaha MTIAT!

Percayalah! Berkongsi rezeki tidak akan mengurangkan harta kita. Ayuh rebut pahala BERKONGSI REZEKI yang telah dijanjikan olehNya.

Inilah kesan kepada maahad jika tidak dibantu :

  • Pelajar masih belajar dengan keadaan kelas yang belum mencukupi
  • Guru-guru menginap diasrama pelajar yang sempit dan tidak dapat ruang privasi sendiri
  • Keadaan pagar yang tidak kukuh membahayakan pelajar dan jiran sekitar. Risiko haiwan liar memasuki kawasan maahad juga dibimbangi
  • Pelajar-pelajar tidak berpeluang mengikuti pembelajaran diluar Maahad kerana masalah pengangkutan

Pastikan anda tak keluar dari Website ni sebelum berkongsi rezeki Serendah 30 Ringgit sahaja.

Terima Kasih Para Penyumbang ! Semoga ia menjadi asbab kita bertemu di Syurga Nya nanti. Aamiin !