Kini pusat Tahfiz semakin mendapat perhatian dikalangan ibu bapa yang mencari tempat untuk menghantar anak mereka menuntut ilmu agama.
Kesedaran akan pentingnya ilmu agama demi memastikan generasi akan datang terus berada dilandasan agama, serta mengharungi cabaran hidup diera serba moden yang semakin jauh dari agama ini membuatkan ibu bapa tidak ragu-ragu memilih tahfiz untuk anak mereka.
Dahulunya, maahad tahfiz ini ditanggung sepenuhnya oleh mudir, tetapi kerana pertambahan pelajar, kos pengurusan semakin bertambah dan tidak mampu ditanggung mudir lagi. Sumbangan dari orang ramai diharapkan agar maahad tahfiz ini dapat terus memberi manfaat kepada ramai pelajar.
Bayangkan ...
Selagi mana Maahad ini masih utuh serta digunakan oleh beberapa generasi pelajar di sini, selama itulah ganjaran pahala terus mengalir buat anda yang menyumbang. Masya-Allah!
Sangatlah Rugi Jika Anda Abaikan Peluang Terbesar Ini !
Jadi kami ingin mengajak anda semua bersama-sama berkongsi rezeki untuk penambahbaikan Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi.
Semoga asbab kita menolong tanpa rasa berkira-kira ini, Malaikat akan mengangkat doa buat kita di pagi ini. Niatkanlah apa sahaja yang diimpikan. Sesungguhnya doa para Malaikat itu amat mustajab disisi Allah SWT.
Kenali Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi
Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar. Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer. Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf. In shaa Allah selepas ini, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka.
Lokasi Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi
Kekangan Dihadapi Madrasah
Van pengangkutan pelajar yang sudah sangat uzur
Van ini tidak mampu lagi dibawa untuk perjalanan jauh kerana tempat duduk yang sudah rosak.
Bangunan kelas yang tergendala kerana masalah dana
Keadaan asrama pelajar yang sempit.
Disini juga para guru menginap kerana rumah guru belum siap dibina.
Pagar maahad ini sudah tiga kali runtuh
Disebabkan struktur tanah yang tidak kuat dan modal yang agak banyak diperlukan untuk membina pagar yang lebih kukuh
Bangunan rumah guru yang juga tergendala akibat kekurangan modal
Pengambilan pelajar baru juga terpaksa dihadkan kerana kekangan-kekangan ini.
Kos yang diperlukan
Insya-Allah, kini pihak Maahad berusaha menyediakan sedikit demi sedikit fasiliti yang diperlukan bagi sebuah pusat pendidikan.
300k
Sumbangan Diperlukan
Oleh kerana yuran yang dikenakan sangat rendah dan ada sebahagian pelajar asnaf ditanggung pihak maahad, menyebabkan maahad tak mampu nak tampung kesemua kos perbelanjaan yang diperlukan.
Jadi, kami ingin mengajak anda yang budiman untuk berkongsi rezeki bagi melancarkan usaha MTIAT!
Percayalah! Berkongsi rezeki tidak akan mengurangkan harta kita. Ayuh rebut pahala BERKONGSI REZEKI yang telah dijanjikan olehNya.
Inilah kesan kepada maahad jika tidak dibantu :
Pelajar masih belajar dengan keadaan kelas yang belum mencukupi
Guru-guru menginap diasrama pelajar yang sempit dan tidak dapat ruang privasi sendiri
Keadaan pagar yang tidak kukuh membahayakan pelajar dan jiran sekitar. Risiko haiwan liar memasuki kawasan maahad juga dibimbangi
Pelajar-pelajar tidak berpeluang mengikuti pembelajaran diluar Maahad kerana masalah pengangkutan
Pastikan anda tak keluar dari Website ni sebelum berkongsi rezeki Serendah 30 Ringgit sahaja.
Terima Kasih Para Penyumbang ! Semoga ia menjadi asbab kita bertemu di Syurga Nya nanti. Aamiin !
Disclaimer : 1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut. 2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.