Rezeki tanda Allah sayang,
Sedekah tanda kita bersyukur

“Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya).”

- HR Bukhari.

Waktu terbaik berkongsi rezeki ialah di waktu pagi

Sungguh istimewanya sedekah pada waktu subuh sehinggakan ia diberi nama yang khusus.

Bukanlah bermakna kita tidak boleh bersedekah pada waktu lain. Namun, waktu subuh ini adalah antara yang terbaik kerana para malaikat akan mendoakan untuk mereka yang bersedekah.

Jika inginkan pintu rezeki terbuka luas setiap hari, marilah bersama-sama kita cuba istiqamah mengamalkan sedekah subuh ini sambil berdoa agar Allah kurniakan ganjaran kebaikan untuk kita.

Dengan izin Allah, sedekah anda hari ini bakal menjemput rezeki yang tidak pernah disangka-sangka.


Visi dan Misi Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

Pendidikan Quran & Sunnah

Melahirkan generasi huffaz yang menguasai Al-Quran 30 juzuq dan hadis-hadis utama.

Sistem Pembelajaran Berkesan

Membangunkan modul dan kaedah pengajaran tahfiz Al-Quran yang berkesan dan berkualiti.

Suasana Pembelajaran Kondusif

Menyediakan prasarana dan kemudahan pembelajaran tahfiz yang kondusif.

Kebajikan Pelajar & Pengajar

Memastikan kebajikan pelajar dan tenaga pengajar sentiasa dijaga.


Kami bertekad menyediakan tempat yang kondusif untuk tujuan pembelajaran

Walaupun dalam keadaan serba kekurangan, kami tetap memastikan kelas-kelas pembelajaran sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Namun, disebabkan sumber kewangan maahad yang terhad, terdapat banyak kekurangan dari segi prasarana pembelajaran yang kami ingin naik taraf.

Van pengangkutan pelajar yang sudah sangat uzur dan tidak mampu lagi dibawa untuk perjalanan jauh kerana tempat duduk yang sudah rosak.

Bangunan kelas yang tergendala kerana masalah dana untuk menyiapkannya.

Bangunan rumah guru yang juga tergendala akibat kekurangan modal

Pagar maahad ini sudah tiga kali runtuh kerana struktur tanah yang tidak kuat. Modal yang agak banyak diperlukan untuk membina pagar yang lebih kukuh

Keadaan asrama pelajar yang sempit. Disini juga para guru menginap kerana rumah guru belum siap dibina.

Pengambilan pelajar baru juga terpaksa dihadkan kerana kekangan-kekangan ini.

Anggaran Kos Diperlukan

Jumlah ini sangat besar bagi kami memandangkan banyak duit telah digunakan untuk membina pagar yang runtuh 3 kali.

Sekiranya para dermawan sudi menghulurkan bantuan, sudah pasti ia akan digunakan dengan bijaksana bagi meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di maahad ini.

Marilah kita sama-sama memainkan peranan bagi melahirkan generasi penghafal Al-Quran yang unggul.

300K

Sumbangan


Lokasi dan Sijil Pendaftaran Maahad

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan
“ Ya Allah ... dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau mudahkan perjalanan mereka untuk mendalami Islam dan hidup sebagai seorang Muslim ”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Pemberitahuan :

  • Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
  • Sekiranya kutipan untuk pembangunan dan kebajikan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi.