Jom Kita Bantu Pembinaan Pagar Baru Yang Baru Runtuh

Seminggu yang lalu, pagar ini sudah berjaya dibina dengan menelan belanja sebanyak 18 ribu.
Namun, akibat hujan lebat yang menyebabkan air bertakung, pagar yang dibina tidak cukup kuat dan akhirnya runtuh.

Jadi, kami berhasrat untuk membina semula pagar ini secepat mungkin bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

Orang yang membantu penuntut ilmu akan menuai pahala yang besar. Apabila penuntut ilmu tersebut mengamalkan dan mengajarkan ilmunya, pahala yang diperoleh oleh orang yang membantu akan bertambah, sama seperti pahala penuntut ilmu tersebut.
Jika anda sokong dalam pembinaan semula pagar ini, anda sebenarnya telah :
  • Menghindarkan risiko kejadian tanah runtuh.
  • Menyelamatkan nyawa & menjaga keselamatan pelajar dan guru.
  • Bantu melancarkan proses pembinaan rumah guru dan staf tahfiz.

Kenali MTIAT

Madrasah Tahfiz Imam At-Tarmizi (MTIAT) telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar. Jumlah pelajar di maahad ini adalah 30 orang dan sebahagian daripada mereka merupakan golongan asnaf.
Maahad Tahfiz kami masih belum sempurna dan perlu ditambah baik agar dapat melancarkan proses pembelajaran para pelajar disini. Salah satunya adalah, PEMBINAAN SEMULA PAGAR.
Percayalah, setiap ringgit yang anda berikan akan digunakan dengan baik untuk pembinaan semula pagar ini.
Kami percaya bahawa dengan sokongan anda, kami boleh kembali menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pelajar serta staf kami.
Sumbangan anda bukan sahaja membantu dalam aspek fizikal, tetapi juga memberi harapan dan semangat kepada pelajar MTIAT untuk terus maju.
Barangsiapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya
Al - An'am : 160
JADI, MARILAH KITA KONGSI REZEKI WALAUPUN SEDIKIT UNTUK MELANCARKAN PROSES PEMBINAAN PAGAR.
Semoga kesudian Tuan Puan berkongsi rezeki ini, akan dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah, tubuh badan yang sihat serta menjadi asbab dimasukkan ke dalam Syurga-Nya
Amin Ya Rabbal ‘Alamin