JUMAAT - HARI TERBAIK UNTUK BERSEDEKAH!

JANGAN TINGGALKAN SEDEKAH JUMAAT

Sedekah pada hari Jumaat lebih utama berbanding daripada sedekah pada 6 hari lainnya, seumpama sedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lainnya.
Ibnu Qayyim

Kenali Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

  • Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar.
  • Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer.
  • Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf.
  • InshaAllah selepas ini, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka.
Lokasi Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi
Namun, Maahad Tahfiz kami masih belum sempurna dan perlu ditambah baik agar dapat melancarkan proses pembelajaran para pelajar disini.
Sudah masuk tahun ke-7, pembinaan bangunan asrama dan kelas pengajian pelajar masih tertangguh . Mereka terpaksa tidur dalam keadaan yang berhimpit-himpit dan tidak selesa.
Kenderaan van yang digunakan untuk membawa pelajar menghadiri aktiviti luar sudah uzur dan sering rosak.
Kebanyakan atap sudah tercabut dan bocor. Setiap kali hujan, pelajar akan beralih ke asrama dan terpaksa mengalihkan katil-katil agar ada ruang untuk mereka belajar dan solat berjemaah.
Keadaan asrama yang sempit. Hanya muat 20 katil, tetapi pelajar ada 30 orang.
Marilah berkongsi rezeki dan semaikan sikap prihatin kita terhadap nasib para pelajar disini sambil meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan walaupun telah tiada di dunia ini nanti.
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI YANG MAMPU BANTU MEREKA MEMUPUK LEBIH RAMAI LAGI GENERASI HUFAZ DI MASA HADAPAN?
Amal kita mungkin tidak banyak, tapi kita berpeluang menumpang pahala yang mereka perolehi melalui infaq kita kepada mereka.
Ya Allah, berikan keberkatan rezeki buat mereka yang menolong dan permudahkan urusan mereka seperti mana mereka mempermudahkan urusan kami
Aamiin Ya Rabbal ‘Alamin
Terima Kasih. Semoga Para Dermawan Dibalas Dengan Rezeki Yang Melimpah Ruah Asbab Dari Bantuan Ini
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.