Disini Bakal Lahirnya Para Huffaz, Imam & Pemimpin Negara Pada Masa Akan Datang

Alhamdulillah...

Ibu bapa masa kini mula ada kesedaran akan pentingnya menghantar anak mereka ke Pusat Tahfiz. Ramai antara mereka yang berhajat menghantar anak2 mereka ke Pusat Tahfiz, termasuklah Maahad Tahfiz At-Tarmizi, Kelantan.

Akan tetapi,

Maahad Tahfiz At-Tarmizi sendiri menghadapi cabaran untuk menampung pelajar yang semakin bertambah. Mudir maahad ini yang sebelumnya menanggung semua kos pengurusan maahad juga tidak lagi dapat menampung keseluruhan kosnya.

Oleh itu, kami mengharapkan sumbangan dari orang ramai diharapkan agar maahad tahfiz ini dapat terus memberi manfaat kepada ramai pelajar.

Bayangkan ...

Selagi mana Maahad ini masih utuh serta digunakan oleh beberapa generasi pelajar di sini, selama itulah ganjaran pahala terus mengalir buat anda yang menyumbang. Masya-Allah!

Sangatlah Rugi Jika Anda Abaikan Peluang Terbesar Ini !

Jadi kami ingin mengajak anda semua bersama-sama berkongsi rezeki untuk penambahbaikan Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi.

Semoga asbab kita menolong tanpa rasa berkira-kira ini, Malaikat akan mengangkat doa buat kita di pagi ini. Niatkanlah apa sahaja yang diimpikan. Sesungguhnya doa para Malaikat itu amat mustajab disisi Allah SWT.

Kenali Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi.

Ia dibina di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar, hanya 3km sahaja dari Pekan Pasir Puteh.

Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki yang mana sebahagiannya datang dari keluarga asnaf.

In shaa Allah selepas ini, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka.
Lokasi Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi

Kekangan Dihadapi Madrasah

Bangunan kelas yang tergendala kerana masalah dana
Bangunan rumah guru yang juga tergendala akibat kekurangan modal

Keadaan asrama pelajar yang sempit.

Disini juga para guru menginap kerana rumah guru belum siap dibina.

Pagar maahad ini sudah tiga kali runtuh

Disebabkan struktur tanah yang tidak kuat dan modal yang agak banyak diperlukan untuk membina pagar yang lebih kukuh

Van pengangkutan pelajar yang sudah sangat uzur

Van ini tidak mampu lagi dibawa untuk perjalanan jauh kerana tempat duduk yang sudah rosak.

Pengambilan pelajar baru juga terpaksa dihadkan kerana kekangan-kekangan ini.

Kos yang Diperlukan

Insya-Allah, kini pihak Maahad berusaha menyediakan sedikit demi sedikit fasiliti yang diperlukan bagi sebuah pusat pendidikan.

RM300,000

Sumbangan Diperlukan
Oleh kerana yuran yang dikenakan sangat rendah dan ada sebahagian pelajar asnaf ditanggung pihak maahad, menyebabkan maahad tak mampu nak tampung kesemua kos perbelanjaan yang diperlukan.

Jadi, kami ingin mengajak anda yang budiman untuk berkongsi rezeki bagi melancarkan usaha MTIAT!

Percayalah!

Berkongsi rezeki tidak akan mengurangkan harta kita.

Ayuh rebut pahala BERKONGSI REZEKI yang telah dijanjikan olehNya.

Inilah kesan kepada maahad jika tidak dibantu :

  • Pelajar masih belajar dengan keadaan kelas yang belum mencukupi
  • Guru-guru menginap diasrama pelajar yang sempit dan tidak dapat ruang privasi sendiri
  • Keadaan pagar yang tidak kukuh membahayakan pelajar dan jiran sekitar. Risiko haiwan liar memasuki kawasan maahad juga dibimbangi
  • Pelajar-pelajar tidak berpeluang mengikuti pembelajaran diluar Maahad kerana masalah pengangkutan

Kenapa Anda Kena Sedekah Sekarang
(Waktu Pagi)?

Adakah anda berhadapan dengan situasi sebegini?

"Perlu menyiapkan tugasan dan ‘deadline’ sudah hampir"

"Perlu menghadiri temuduga bekerja"

"Perlu bekerja keras setiap hari demi keluarga"

"Perlukan ketenangan hati"
Ketahuilah, melalui amalan BERSEDEKAH, Allah SWT pasti akan memudahkan urusan harian kita.
Selain dapat membantu Maahad Tahfiz At-Tarmizi yang sedang dalam kesusahan, kita juga akan mendapat besarnya manfaat bersedekah pada waktu pagi.

Bacalah doa ini saat anda membuat sumbangan:

“Ya Allah..dengan sedikit pemberian ku ini, Engkau berikanlah kesembuhan kepada En Ghani dan permudahkanlah urusanku pada hari ini”
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Semoga Allah merahmati sumbangan anda.