Kita selalu terkejar-kejar untuk urusan kerja, selalu stress demi menyara keluarga tercinta, namun adakah kita lupa bahawa dengan amalan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan, pasti Allah akan permudahkan setiap urusan harian kita.

WAKTU TERBAIK BERKONGSI REZEKI IALAH DI WAKTU PAGI !

Tidak ada satu subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa, ‘Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfak ’, sedangkan yang satunya lagi berdoa ‘Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya.
HR. Bukhari & Muslim

Kenali MTIAT

  • Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar.
  • Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer.
  • Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf.

In shaa Allah selepas ini, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka.

Namun, Maahad Tahfiz kami masih belum sempurna dan perlu ditambah baik agar dapat melancarkan proses pembelajaran para pelajar disini.

Sudah masuk tahun ke-7, pembinaan bangunan asrama dan kelas pengajian pelajar masih tertangguh. Mereka terpaksa tidur dalam asrama yang sempit dan tidak selesa.

Keadaan asrama yang hanya muat 20 katil, tetapi pelajar ada 30 orang.
Kebanyakan atap sudah tercabut dan bocor. Setiap kali hujan, pelajar akan beralih ke asrama dan terpaksa mengalihkan katil-katil agar ada ruang untuk mereka belajar dan solat berjemaah.
Kenderaan van yang digunakan untuk membawa pelajar menghadiri aktiviti luar sudah uzur dan sering rosak.

Marilah berkongsi rezeki dan semaikan sikap prihatin kita terhadap nasib para pelajar disini sambil meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan walaupun telah tiada di dunia ini nanti.

Semoga asbab kita menolong tanpa rasa berkira-kira ini, Malaikat akan mengangkat doa buat kita di pagi ini. Niatkanlah apa sahaja yang diimpikan. Sesungguhnya doa para Malaikat itu amat mustajab disisi Allah SWT.

Amal kita mungkin tidak banyak, tapi kita berpeluang menumpang pahala yang mereka perolehi melalui pemberian kita kepada mereka.

Jika rasa was-was untuk memberi, berdoalah kepada Allah untuk kuatkan hati, kerana perasaan was-was itu dari syaitan dan syaitan suka menghalang kita dari melakukan kebaikan.
Terima Kasih. Semoga Para Dermawan Dibalas Dengan Rezeki Yang Melimpah Ruah Asbab Dari Bantuan Ini
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.