SEKECIL TAPAK TANGAN KITA MEMBERI, MAMPU MEMBERI SEJUTA HARAPAN BUAT MEREKA

Asrama tahfiz adalah tempat suci yang membentuk generasi peneraju agama kita. Salah satu keperluan penting adalah pengangkutan, khususnya van, yang diperlukan untuk perjalanan harian pelajar.
Van ini bukan hanya untuk pengangkutan, tapi simbol kepada perjalanan ilmu. Pelajar perlu ke masjid, program kemasyarakatan, dan juga aktiviti luar yang membantu perkembangan mereka sebagai individu yang seimbang.
Setiap sumbangan untuk van ini adalah langkah ke arah membina masa depan yang lebih baik untuk anak-anak tahfiz kita. Kita bukan sekadar menyumbang untuk kenderaan, tetapi memberi peluang kepada mereka untuk terokai dunia luar dengan selamat dan selesa.
Marilah kita bersama-sama dalam usaha ini. Setiap sen yang anda sumbangkan membawa perubahan nyata dalam hidup mereka. Bersama, kita boleh melengkapkan asrama dengan keperluan penting ini dan membantu mencorak masa depan yang cerah untuk pelajar-pelajar tahfiz kita.
Kenapa MTIAT Perlukan Bantuan Kita ?
KERETA PROTON WIRA SEMAKIN ROSAK, VAN PELAJAR JUGA SUDAH USANG
  • Tidak dapat memuatkan semua pelajar
  • Kereta sedia ada sudah lama dan usang
  • Kereta sering rosak walaupun sudah dibaiki berpuluh kali
  • Aircond tidak dapat berfungsi dengan baik
  • Van tiada seater

Pelajar MTIAT sangat memerlukan van pengangkutan kerana mereka sering menghadiri aktiviti-aktiviti di luar iaitu majlis khatam Al-Quran, buka puasa, aqiqah, cukur jambul, doa selamat, aktiviti qasidah dan banyak lagi.

Namun, sangat mendukacitakan tak semua 30 orang pelajar ini dapat ikut serta.

Untuk pengetahuan Tuan/Puan, Kereta Proton Wira lama ini jugalah yang digunakan selain Van Tiada Seater sebagai kenderaan pengangkutan pelajar.
Dengan jumlah pelajar seramai 30 orang, bagaimana hendak dimuatkan kesemua pelajar dalam ruang kenderaan yang terhad?
Hanya segelintir pelajar sahaja yang dapat dimuatkan dalam satu masa manakala pelajar yang lain tidak dapat turut serta kerana mereka tiada pengangkutan lain yang sesuai untuk dinaiki bersama.

Kenali MTIAT

  • Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi telah ditubuhkan sejak tahun 2016 yang beroperasi di atas tanah wakaf seluas 1.5 ekar.
  • Jarak madrasah daripada Pekan Pasir Puteh hanyalah 3 kilometer.
  • Kini, terdapat 30 orang pelajar lelaki dan diantaranya datang dari keluarga asnaf.
In shaa Allah, jika kewangan mencukupi, pengambilan pelajar muslimat, masyarakat luar, anak-anak yatim dan fakir miskin pula akan dibuka. Inilah hasrat mudir maahad ini untuk melahirkan lebih ramai masyarakat yang yang celik Al-Quran dan As-Sunnah.
JOM BANTU MUDAHKAN URUSAN PELAJAR TAHFIZ INI UNTUK MENUNTUT ILMU AGAMA
Jika dana sumbangan sudah mencukupi kami akan membeli sebuah Van Toyota Hiace untuk kegunaan para pelajar. Selepas ini, pergerakan mereka akan lebih lancar dan semua pelajar dapat sertai segala aktiviti di luar madrasah.
Ayuh korbankan sedikit harta untuk memudahkan pergerakan pelajar sambil meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan selama mana van ini dimanfaatkan oleh pelajar MTIAT.

Dana Diperlukan Segera

k+
Sumbangan Diperlukan
Nilaian tersebut nampak besar tetapi jika kita sama-sama bantu sikit seorang, insyaAllah kita mampu menghadiahkan van tersebut kepada mereka.
DIRECT TRANSFER KE AKAUN MAAHAD

03090010071652

Maahad Tahfiz Imam At-Tarmizi
BANK ISLAM
Sebarang Pertanyaan Hubungi Ustaz Nik : 012-9009748 (Mudir Maahad )
Jauhkanlah dirimu dari api neraka, walau hanya dengan sedekah sebutir kurma.
HR. Bukhari dan Muslim
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA !
Disclaimer :
1. Sedekah Muslim merupakan satu platform atas talian yang memudahkan orang ramai untuk melaksanakan sedekah. Pelbagai golongan yang boleh dibantu melalui platform ini seperti golongan asnaf, ibu tunggal, mualaf , maahad tahfiz dan banyak lagi. Anda boleh melayari laman sesawang SedekahMuslim.com untuk maklumat lanjut.
2. Sekiranya kutipan sudah mencukupi, lebihan sumbangan akan dibahagikan untuk kegunaan lain di Maahad Tahfiz.